Set Berpantang Shaklee Untuk Ibu Berpantang Memang Terbaik?
Assalamualaikum dan salam ceria semua,
Soalan ni selalu bermain di fikiran saya, walaupun sudah 3 kali saya bersalin, tapi saya suka mendengar perkongsian mereka yang telah menggunakan set berpantang Shaklee ini ;
" Perlukah kita kaum ibu menggunakan set berpantang Shaklee? "
Persoalan inilah yang sentiasa difikirkan oleh kawan saya ketika mengandungkan anak keduanya.
Menurut kawan saya ni, pengalamannya berpantang dengan set berpantang jenama lain sebelum ini memang kurang memuaskan.
Pada awalnya kawan saya ni pun was-was jugak dengan set bersalin shaklee.
Mestilah kawan2, selain kita kena menjadi pengguna yang bijak, kita jugak mesti selidik betul2 supaya tidak mendatangkan kesan negatif kemudian hari nanti.
JIMATKAN MASA- 7 ISI PENTING
- Boleh digunakan untuk berpantang normal dan pembedahan.
- Terus boleh makan, serta merta lepas bersalin. Bukan Jamu
- 100% semulajadi, ada sijil halal dan mudah digunakan.
- Harga Runcit Set Berpantang Shaklee: Set Asas RM269 Set Penuh RM469
- Diskaun? Boleh, hubungi Wanie 017-3461564
- Cara Makan Set Berpantang Ni Macam Mana? KONSULTASI PERCUMA
- Tahniah, Anda Dapat 5 Faedah Artikel Ini
1. Cara Memilih Set Berpantang Terbaik?
2. Review Ikhlas Set Bersalin Shaklee
3. Harga Set Mampu Milik Shaklee.
4. Testimoni Pelanggan Sayang Lebih Dengan Set Ini
5. Kelebihan Berbaloi-baloi Set Berpantang Ini
Cara Memilih Set Berpantang Terbaik?
Rambang mata jugak kalau kita tengok produk-produk berpantang kat luar yang setiap satunya menjanjikan 1001 kelebihan.
Huh, yang mana satu la agaknya yang sesuai dengan kita kan???.Yang terbaik untuk kesihatan diri kita dan anak yang akan dilahirkan kelak.
Para ibu akan berasa letih, penat , stress dan kesakitan semasa berpantang jika tidak diuruskan dengan baik akan memberi kesan mudarat jangka panjang kepada kesihatan ibu.
Kawan saya bagitahu jugak disebabkan kekurangan pengalaman dan ilmu menyebabkan mereka suami isteri banyak melakukan kesilapan semasa proses pantang. Susu badan yang dihasilkan tidak berterusan dan kuantitinya sedikit.
Ini terjadi jugak kepada sepupu saya sendiri, tapi saya tidak dapat membantu masa tu sebab saya sendiri pun tidak tahu lagi mengenai set ini.
Dan yang paling kesian, mestilah babynya, sehingga sepupu saya terpaksa bagi susu yang dijual di kedai untuk menggantikan susu ibu disebabkan sepupu saya ketika itu kekurangan susu.
Dan disebabkan pengalaman itu, ia telah memberi pengajaran membuatkan mereka mencari-cari set bersalin terbaik dan alhamdulillah mereka temui jawapannya.
Review Ikhlas Set Berpantang Shaklee
Jom kita baca sedikit mengenai rutin harian kawan saya ni yer.
Saya seorang isteri yang bekerja di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur dan terpaksa berulang alik setiap hari dari Klang Selangor.
Disaat ibu lain baru bangun dari tidur, saya bangkit seawal jam 4.30 pagi untuk menyediakan keperluan si manja.
Alhamdulillah, suami saya memberikan kerjasama dan sedikit sebanyak meringankan kerja rumah yang perlu dilakukan.
Semasa awal kehamilan, ramai ibu mempunyai morning sickness yang teruk. Diet untuk ibu mengandung amat penting.
Makanan berkhasiat perlu diambil.
Perjalanan jauh ke tempat kerja setiap hari amat melesukan dan vitamin serta supplemen Shaklee memang membantu.
Tubuh terasa lebih bertenaga dan ringan. Bagi kelahiran seterusnya kami merancang untuk menggunakan Set Berpantang Shaklee kerana testimoni daripada rakan rakan sekeliling dan juga pembacaan internet.
Ada rakan saya yang berpantang tu tak seperti ibu berpantang pun. Cergas macam biasa semasa mendengar khabarnya. Memang bagus, tak putus putus pujian meniti dibibir
Ibu ibu boleh search di google. Rata rata penggunanya amat berpuas hati. Lebih lebih lagi mereka yang pernah melalui saat sukar melahirkan anak dengan cara caeser.
Luka jahitan dan kesakitan yang dialami membuatkan sesetengah dari kita trauma untuk bersalin kembali.
Ada lagi produk produk lain yang dapat bantu kita kaum ibu kekal bertenaga dan mengharungi hari pantang (oh, sungguh lama 44 hari dalam confinement tu) dengan selesa dan jaya.
Syukur Alhamdulillah ibu dan makcik saya membantu saya menjaga anak dan ibunya sekali.
Rezeki dapat ahli keluarga yang prihatin, moga Allah swt sahaja yang membalasnya.
Ok itu serba sedikit review daripada kawan saya. Kawan-kawan macam mana pulak???. Kesian kan kawan saya ni, awal2 pagi dah kena bangun, lepas itu nak pergi kerja pulak, balik kerja sambung tugas lagi.
Besar sangat pergorbanan seorang wanita ni sebenarnya, semoga kita, golongan wanita ini diberikan semangat yang tinggi dan kuat untuk keluarga tercinta, in syaa ALLAH, sama-sama kita doakan ye.
Besar sangat pergorbanan seorang wanita ni sebenarnya, semoga kita, golongan wanita ini diberikan semangat yang tinggi dan kuat untuk keluarga tercinta, in syaa ALLAH, sama-sama kita doakan ye.
Harga Set Berpantang Shaklee
Mahal atau murah itu biasanya bergantung kepada kualiti sesuatu produk.Namun masih ramai yang berkira kira berbaloi atau tidak ye. Harga runcit bagi set bersalin ni macam ni.
Set Ibu Berpantang Shaklee
|
Saiz Per Botol
|
Harga (RM)
|
Multivitamin Vita-Lea dengan Iron
|
120 biji
|
RM87
|
Vitamin B-Complex
|
120 bji
|
RM52
|
Vita-C Plus Sustained Released
|
120 biji
|
RM90
|
Ostematrix
|
120 biji
|
RM60
|
Energized Soy Protein
|
1 jar
|
RM140
|
Zinc Complex |
120 biji
|
RM30
|
Jumlah Termasuk Pos (+RM10)
|
RM469
|
Harga Set Berpantang Basic (Vitalea+ B Complex+Vita C+ Zinc+Pos) RM269
Harga Runcit Set Bersalin / Berpantang Shaklee full set mengandungi semua diatas adalah RM469
Jumlah semua RM269 dan boleh tahan 2~3 bulan. Maksudnya sebulan baru RM90 (Jika tahan 3bulan). Bahagi 30 hari, sehari baru RM3. Ini pakej basic.
Testimoni Set Berpantang Shaklee
Ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Saya berikan beberapa testimoni pelanggan untuk rujukan mommies semua :)
Jom kita tengok pulak kelebihan setiap produk ye kawan-kawan.
Kita tambah ilmu sikit lagi ye. Jom.
Kelebihan Produk Shaklee Pada Kesihatan
1) Vitamin B Complex bersama A. Folik
Peranan B Complex Shaklee dalam set ini sebagai Anti Stress kepada ibu berpantang.
Si ibu menjadi lebih tenang dan membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran.
Sel darah merah yang mencukupi membantu tubuh mengangkut oksigen dan makanan ke seluruh tubuh supaya lebih bertenaga.
Penting untuk ibu berpantang berada dalam keadaan tenang. Dear Mommies Be Strong & Calm :)
Keadaan tubuh ibu selepas bersalin yang kesakitan memberi kesan langsung kepada mental.
Biasanya ibu meroyan ketika pantang disebabkan mengalami tekanan perasaan kerana tidak mampu melakukan aktiviti normal seperti biasa dan tanpa bantuan orang lain.
Kerjasama suami dan ahli keluarga amat diperlukan supaya ibu yang penat dan kelesuan berasa lebih selesa dengan bantuan yang diberikan.
Selain itu, vitamin B juga membantu mencantikkan kulit dari dalam.
2) Vitamin C
Selalunya kita akan dijaga oleh ahli keluarga yang masih berpegang kepada amalan tradisi ketika pantang. Ada positif dan negatifnya.
Kebanyakkan makanan bernutrisi dilarang oleh ahli keluarga untuk kita menikmatinya. Padahal tubuh kita memerlukan nutrien tersebut.
Tapi jangan sesekali kita marahkan mereka kerana dulu lain sekarang lain, sekarang dah bermacam-macam kajian dan pelbagai penemuan baru dijumpai untuk memperbaik kesihatan kita.
Maklumla kawan-kawan lagipun gaya hidup dulu dengan sekarang memang jauh sangat bezanya. Macam-macam penyakit baru timbul.
Haa...ibu berpantang perlu mantapkan mental dan fizikal ye dalam pantang sebab dah macam dalam penjara kan tapi xseteruk duk dalam penjara la, tau2 je la siapa yang dah pernah ada pengalaman berpantang tu,
ini xboleh, itu xboleh,apa pun xboleh ye,bagus la tu, mereka buat untuk kebaikan kita.Itu tandanya mereka sayang lebih kat kita kan.
ini xboleh, itu xboleh,apa pun xboleh ye,bagus la tu, mereka buat untuk kebaikan kita.Itu tandanya mereka sayang lebih kat kita kan.
Vitamin C juga membantu tubuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh.
Sebiji Vitamin C dari Set Shaklee bersamaan dengan 7biji oren.
Wauuu...so kita dah xpayah nak susah2 kupas oren lagi, telan sebiji vitamin c pun dah macam makan 7 biji oren,maveles la.
Saya makan sebiji oren pun dah kenyang,ini nak makan 7 biji,xpela, Saya lagi sanggup telan sebiji vitamin c je,senang.
Vitamin c juga membantu penyembuhan luka jahitan (samada bersalin normal atau pembedahan) dan memulihkan tisu yang rosak selepas bersalin.
Dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita makan buah oren.
Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.
Vitamin C sebenarnya sebahagian daripada Set Kecantikan Shaklee untuk pulihkan seri wajah dan kecantikan seorang wanita. Tidak kira sama ada selepas bersalin atau pun tidak.
3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Vitalea pula membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali beroperasi dengan nutrient yang diperlukan bagi melengkapkan keperluan vitamin harian kita.
Saya yakin anda sudah lalui saat sukar dijaga oleh saudara mara yang tidak membenarkan makanan tertentu diambil semasa pantang.
Dalam pantang, mana ada selera sangat. Makan pun sikit jer kan.
Ada yang panas dan ada sejuk, niat mereka untuk kebaikan kita juga.
Dengan penggunaan supplemen shaklee dapat membekalkan zat zat penting.
Setidak-tidaknya kita tidak melanggar pantang larang dan membuat mereka terasa hati dan dalam pada tu juga, yang penting dapat jaga hati mereka kan. Penting ni sebagai seorang anak.
Zat besi antara mineral penting, komponen penting untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti bagi membantu badan kita kembali bertenaga.
Zat besi dan vitamin B kompleks saling berfungsi membentuk sel darah merah yang sihat.Tak delah nampak pucat.
Kaum cina pula mengamalkan kurma merah untuk wanita bersalin bagi mengatasi pucat lesi , letih dan tak bermaya.
4) Zink
Antara makanan sunnah adalah kurma yang mengandungi pelbagai zat dan mineral diperlukan tubuh.
Malah telah diceritakan dalam Al-Quran kisah ibu Nabi Isa as, Siti Maryam yang sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak telah menepuk batang pohon kurma dan makan buahnya.
Sebab itu ibu yang bakal bersalin digalakkan makan kurma untuk memudahkan proses kelahiran selain kena banyakkan berjalan.
Zink memang banyak terdapat di dalam kurma selain dari sumber ikan haruan.
Ikan haruan???, hanyir kot, dah namanya ikan air tawar mestilah hanyir kan, kalau camtu kita biak dalam laut la xnak bagi hanyir,
ecece pandai2 je saya bagi idea, boleh hidup ke ikan haruan dalam laut nanti, dah elok tu ciptaan ALLAH , ade hikmahnya tu dan disebabkan bau itu, kebanyakkan ibu kurang selera. Kurma dan ikan haruan termasuk dalam kategori makanan yang mahal juga.
Jadi xsalah kita cuba alternatif lain yang khasiatnya hampir sama malah ade yang multipurpose lagi,nak2 sekarang ni, semua benda dah naik.
Jadi Set Zink Shaklee ni membekalkan anda dengan kuantiti yang diperlukan tubuh pada harga berpatutan.
Zink penting untuk membantu proses membaiki luka pembedahan dan dalaman dan juga secara tidak langsung membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zink melalui penyusuan badan. 2 in 1 gitu.
Minggu pertama berpantang, anda bukan sahaja akan kurang masa untuk makan, bahkan terpaksa bersengkang mata menjaga si manja (Rutin menukar lampin dan memberi susu).
Semua ini perlukan ketahanan fizikal dan mental yang rapi. In syaa ALLAH melalui kajian dan perkongsian rakan rakan lain tentang keberkesanan set berpantang Shaklee, urusan ini menjadi lebih mudah.
Zink juga berfungsi meningkatkan kesuburan kaum lelaki. Menjadikan sperma lebih berkualiti dan meninggikan peluang mendapat anak.
Sebab tu Zink complex ada juga dalam Set Kesuburan Shaklee.
Bagi mereka yang sudah lama berumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
ini mungkin penyelesaiannya.
Set Penyusuan Shaklee
Jika anda pernah membuat kesilapan ketika kelahiran anak terdahulu kerana tidak dapat melaksanakan kewajipan penyusuan susu badan ekslusif selama 2 tahun, anda boleh memperbaikinya untuk anak-anak akan datang.
Semestinya anda cemburu dengan mereka yang bertuah dan berupaya memberikan susu terbaik daripada Illahi kepada anak mereka.
perlu 2 Tahun untuk penyusuan anak tersayang.
Susu ibu merupakan anugerah ALLAH, semestinya tiada tandingan dan tiada susu formula yang dapat menggantikan kelebihan susu ibu walau semahal manapun bayaran yang dikeluarkan.
2 produk yang sangat bagus untuk membanjirkan susu badan iaitu ESP dan Alfalfa Shaklee.
Shaklee ESP (Energizing Soy Protein)
Protein soya dirumus khas di dalam Energizing Soy Protein ini akan menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu badan bagi keperluan anak.
Ramai bekas pengguna mengalami masalah banjir air susu sehingga SUPPLY lebih daripada DEMAND. Alhamdulillah kenyang baby kita, tidur pun lena.
Fuhh, itu berita baik untuk kaum ibu. Susu berlebihan boleh di perah dan disimpan di dalam Freezer peti ais untuk kegunaan akan datang.
Ibu bekerja mempunyai dilema ini. Alhamdulillah susu yang disimpan di dalam freezer dapat bertahan selama berbulan bulan dan nutrient serta enzim di dalammnya dapat dikekalkan.
Segala kolostrum terutama semasa detik kelahiran yang membekalkan anak kita dengan antibodi melawan penyakit dapat disimpan di dalam peti ais untuk durasi lebih lama.
Shaklee Ostematrix
Ostematrix yang juga salah satu produk dalam set sendi merupakan komponen kalsium utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu.
Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. Antara puncanya adalah kekurangan kalsium.
Badan terpaksa mengambil kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk dibekalkan ke dalam susu ibu yang akan dimanfaatkan oleh bayi kita.
Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. Antara puncanya adalah kekurangan kalsium.
Badan terpaksa mengambil kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk dibekalkan ke dalam susu ibu yang akan dimanfaatkan oleh bayi kita.
Tiada lagi senyuman menawan seperti dalam gambar jika hilang sebatang gigi. Sadis kan.
Tambahan kos membuat gigi palsu sahaja sekarang sudah bernilai ribuan ringgit, apatah lagi sakit sendi dan osteoporosis yang melanda wanita kerana kekurangan kalsium.
Jimatnya pelaburan kita dengan mengambil supplemen sebaik ini untuk mengatasi masalah di kemudian hari.
Gigi dan tulang kita kekal cantik walaupun anak sudah ramai dengan pengambilan kalsium yang mencukupi.
Osteoprosis boleh dicegah dari muda
Kembali Langsing Dan Menarik Dengan Shaklee
Segala lemak yang terkumpul di dalam tubuh semasa mengandung berfungsi melindungi kandungan dan mempersiapkan tubuh melalui proses kelahiran. Lemak juga bertindak sebagai simpanan nutrient untuk ditukarkan kepada susu badan.
Bahagian perut, payudara dan pinggul merupakan stor simpanan lemak yang utama.
Kebanyakkan kaum ibu tidak dapat mengembalikan saiz tubuh kepada asal agar kelihatan cantik, menarik, kau memang the bomb selepas bersalin. Jadi lagu pulak ye.
Haa berita baiknya set shaklee ada mengambilkira soal yang merunsingkan kebanyakan kaum hawa ini.
Hati pasangan mesti kita jaga.
Shaklee Lecithin
Lecithin mengelakkan bengkak susu dan menguraikan lemak dalam badan. Lemak ini akan ditukarkan kepada bentuk lain.
Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali dengan kelebihannya membekalkan nutrisi dan zat galian.
Alfalfa menggalakkan pengeluaran susu dan amat digemari ibu menyusu
Ia berfungsi secara sinergi dengan Energizing Soy Protein (ESP) dalam penghasilan susu yang banyak dan membanjirkan pengeluaran susu untuk simpanan.
Boleh baca lebih lanjut tentang Set Menyusu Shaklee ya mommies
Alfalfa juga bertindak sebagai DETOX untuk menyingkirkan lemak yang diuraikan oleh Shaklee Lecithin.
In syaa ALLAH memang bagus dan terbaik jika diambil dengan lengkap untuk kesejahteraan keluarga kita.
Yana doakan semoga dengan pengambilan Set Berpantang Shaklee ini boleh membantu ibu-ibu menghadapi masalah yang biasa dihadapi semasa bersalin ini dengan jauh berbeza dari sebelum ini. In syaa ALLAH.
- Kesakitan dari pembedahan ceaser
- Trauma bersalin kerana kesakitan melahirkan
- Badan tidak selangsing dahulu
- Sembelit
- Keguguran rambut
- Kuantiti susu badan yang sedikit
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau Berkatilah usaha kami dan rahmatilah keluarga kami dengan rezeki yang halal"
"Berilah kelapangan kepada kami dalam mencari supplemen dan set bersalin terbaik agar kami dapat menjaga kesihatan diri dan bayi yang baru lahir ini"
"Bantulah kami menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan menunaikan amanah yang engkau anugerahkan kepada kami"
"Sihatkanlah keluarga kami dengan set berpantang shaklee ini ya Allah."
"Amin ya Rabb"
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saya di:
HP: 017-3461564
ID Shaklee: 1122789
FB/Google+: Wanie Mohamad
ID Shaklee: 1122789
FB/Google+: Wanie Mohamad
Masih mencari pendapatan sampingan sebagai pendapatan keDUA anda?
Temui kami : http://www.wowtoneexcel1m4u.biz
No comments:
Post a Comment