Search This Blog

Saturday, March 29, 2014

GEMPAR!!! Ustaz mimpi lagi mengenai MH370

GEMPAR !!! Ustaz mimpi lagi nampak penumpang MH370 di sebuah pulau | 

Assalamualaikum..

Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Saturday, March 22, 2014

Shaklee Suplimen Terbaik Masa Kini


     

Pasti ramai di sini sudah mengenali produk-produk suplimen yang di beri nama sebagai Shaklee. Tapi mungkin juga ramai yang tidak tahu sejauh mana hebatnya dan berkesankah suplimen ini pada seseorang itu. Jadi,apa kata anda cuba dahulu? Kerana admin juga telah mencubanya,dan ternyata ianya memberikan kesan yang hebat buat diri admin dan keluarga.

Setelah ianya terbukti memberi kesan buat kami, dengan tanpa berlengah lagi admin mendaftar sebagai ahli kerana dengan menjadi ahli kita di berikan pelbagai faedah sampingan (Tapi daftar bukan atas nama admin la,admin daftarkan isteri admin sebagai ahli). Yang ini akan admin ceritakan kemudian. Itupun jika sahabat-sahabat di luar sana mahu tahu dengan lebih lanjut dan mendalam.

       

Hari ini,biar admin ceritakan serba sedikit mengenai suplimen yang telah admin ambil dan cuba. 
Pertama sekali admin telah mencuba suplimen yang di beri nama sebagai MealShake. Admin dah terkena sebenarnya, seorang kenalan lama ajak keluar minum bersama di kedai mamak. 
Katanya nak ajak tengok bola, sampai-sampai terus di berinya pamplet mengenai Shaklee ini 
dan minta admin pilih mana satu suplimen yang admin mahu. Gila apa, mana la admin tahu nak pilih suplimen yang mana satu, dalam pamplet Shaklee tu banyak jenis suplimen nak kena pilih kot. 

Terus dia cadangkan suplimen mealshake kepada admin. Suplimen ini tujuannya adalah untuk menambahkan selera makan katanya. Amat bagus untuk seseorang yang kurus seperti admin ni, memang pun admin seorang yang kurang pemakan. Begitu juga dengan kedua-dua anak lelaki admin, memang cukup susah nak makan. Nak jaga hati member punya pasal admin pun beli lah suplimen tersebut, yang penting HALAL.




Pendekkan cerita, selepas 3 hari admin cuba suplimen ni. Memang kesan dia amat menakjubkan, dulu waktu pagi admin memang susah nak makan sarapan pagi, tapi sekarang kalau tak sarapan pagi rasa menggigil perut mintak di isi. Lagi satu, dulu kalau makan boleh kira sehari dua kali je admin makan, tapi sekarang kejap-kejap rasa nak makan je. Memang tak boleh nak kira dah sehari berapa kali admin makan.

Lepas tu admin pun cuba bagi suplimen ni pada anak pertama dan kedua admin, untuk pengetahuan umum anak admin yang pertama mempunyai G6PD, jangan risau kerana pesakit G6PD tiada masalah untuk meminum sebelum mereka tidur admin campurkan mealshake ini di dalam susu botol mereka. Alhamdulillah sekarang anak-anak admin dah jadi pemakan, dulu cukup liat mereka nak makan sampaikan isteri admin nak kena kejar satu rumah pulak semata-mata nak suapkan mereka makan, tapi sekarang tidak lagi mereka dah pandai ambil pinggan sendiri dan mintak nasi daripada isteri admin. Berkesan rupanya produk Shaklee ni.

Dan selama sebulan admin mengkaji mengenai produk-produk Shaklee ini, habis semua laman web yang mempunyai informasi mengenai Shaklee admin kaji. Sebab masa tu dalam kepala otak asyik memikir macammana produk ini boleh memberikan sedikit duit poket kepada admin sekeluarga. Rupanya amat mudah, hanya dengan menjadi ahli Shaklee kita akan dapat menambah sedikit duit poket kita. Nak tau macammana? Tunggu....... : )



Pengedar Sah Shaklee ,
Wanie : 017-3461564
ID : 1122789
Area : Seremban/Mantin/Nilai/Labu/Sendayan/Lenggeng/Semenyih
          ( Luar kawasan jangan risau,saya boleh pos )



MAHU JANA PENDAPATAN BERSAMA KAMI?




Monday, March 17, 2014

Jana Pedapatan Sehingga Rm 3+++ Dengan Tone Excel

Ini adalah cara pengiraan komisyen yang akan kita perolehi apabila kita dapat menaja ahli/pengguna baru dan di daftarkan di bawah IDP kita.


Terdapat dua bentuk komisyen yang akan kita terima apabila kita berjaya menaja Ahli/Pengguna baru:-
a) Komisyen Fast Track
b) Komisyen Topup

Kita cerita satu persatu ye?Bermula dengan 'Komisyen Fast Track'.

Komisyen ini akan di berikan apabila anda berjaya mendaftar Ahli/Pengguna baru sebagai Level 1 anda.Komisyen sebanyak RM 20/ahli ini akan di bayar terus ke dalam akaun bank anda.Jadi,untuk mendapat lebih Komisyen ini,anda di benarkan menaja seberapa ramai yang anda suka di Level 1 anda.
Bayangkan kalau anda berjaya menaja 10 ahli baru dalam masa sebulan,maka anda akan menerima komisyen sebanyak RM 200 ( Sudah dapat modal,Dapat juga untung ).Jadi kalau anda berjaya menaja seramai 100 orang dalam masa sebulan,anda akan mendapat komisyen sebanyak RM 2 000.Kalau 200,300,400 orang??

WOW!!!!Dah Dapat gaji sebulan sama seperti gaji seorang kerani.


Kedua ialah 'Komisyen Topup'.

Komisyen ini akan di bayar setiap kali ahli di bawah anda Topup kredit mereka,mahu atau tidak
anda tetap akan terima komisyen tersebut kerana setiap ahli pasti akan topup kredit mereka.Komisyen ini juga akan di bayar terus ke akaun anda.Jangan risau,topup TuneTalk ada di jual di mana-mana,program ini juga bukan sebuah program yang meminta anda menjadi penjual topup.

Terdapat 3 Level yang akan memberikan anda komisyen topup,setiap level ini mempunyai percent tersendiri yang akan di darabkan dengan jumlah topup setiap satu level ini.Contoh,di level 1 anda akan menerima 6% daripada jumlah topup setiap ahli,level 2 pula anda akan menerima 3% daripada jumlah topup setiap ahli,di ikuti oleh level 3 anda akan menerima 11% daripada jumlah topup setiap ahli.

Komisyen ini juga merupakan komisyen tetap/gaji bulanan anda.Ini kerana setiap individu pasti akan menambah baki kredit mereka untuk penggunaan harian seperti menelefon rakan,membuat sms,melanggan data internet, dll.Jadi anda tidak perlu risau mengenainya,pulangan ini merupakan income luar biasa yang pasti anda tidak JANGKA akan menerimanya.

Contoh Pengiraan Komisyen Topup :-

Level 1 : 6%
Level 2 : 3%
Level 3 : 11%

Bayangkan jika anda berjaya menaja seramai 10 ahli di Level 1 anda,dan setiap seorang ahli ini juga berjaya menaja seramai 10 ahli baru di bawah mereka.Di ikuti pula dengan jumlah Topup setiap seorang ahli adalah sebanyak RM 50 sebulan.

Level 1 : 10 ahli x RM 50 x 6% = RM 30
Level 2 : 100 ahli x RM 50 x 3% = RM 150
Level 3 : 1000 ahli x RM 50 x 11% = RM 5 500

JUMLAH KOMISYEN TOPUP DI TERIMA = RM 5 680

WOW!!!!!! Ini jika anda berjaya menaja 10 orang ahli sahaja.Bayangkan jika lebih.







Dapatkan lebih banyak informasi mengenai program ini di sini :-



Saturday, March 15, 2014

TuneTalk-ToneExcel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Di sini saya ingin bercerita serba sedikit mengenai program keusahawanan yang telah saya ikuti.
Saya yakin anda semua pernah mendengar mengenai simkad TuneTalk.Simkad ini sama juga seperti simkad biasa, boleh buat panggilan, sms dan melayari internet.Tapi kelebihan simkad TuneTalk ini berbeza dengan lain-lain telco.Kerana simkad ini memberi beberapa faedah yang tak pernah di beri oleh mana-mana syarikat telco yang lain.

Contoh faedah yang akan anda dapat apabila menggunakan simkad ini ialah :-
1) anda akan di berikan PA Insuran bernilai RM 100 000
2) peluang menunaikan Umrah secara percuma.
3) boleh mengumpul point dan di tukarkan kepada tiket kapal terbang Air Asia, dapatkan telefon percuma, vaucar penginapan di mana-mana hotel Tune Group.

Ini hanyalah faedah yang terdapat apabila anda menggunakan simkad TuneTalk, Tetapi jika anda menggunakan simkad TuneTalk-ToneExcel pula anda akan mendapat beberapa FAEDAH TAMBAHAN YANG AMAT BERGUNA UNTUK ANDA DAN SANGAT-SANGAT MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN BEBANAN KEWANGAN KITA.

Cuba lihat gambar di bawah :-



TuneTalk telah menganjurkan satu program usahasama dengan ToneExcel bagi memberi kelebihan kepada pengguna-pengguna mereka.Program ini amat membantu kita dalam membebaskan diri dari masalah kewangan yang semakin bertambah pada zaman ini.




YA!!!! Inilah program yang kita cari selama ini..Sedikit sebanyak mampu memberikan kita pendapatan pasif setiap bulan.

Lihat lagi kelebihan simkad ini di sini :-